NorFarisZam
PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM KBSM
TILAWAH AL- QURAN


Persediaan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Tilawah Al- Quran
Kelas : Tingkatan 3 Amanah
Masa : 80 minit
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Surah al- A’raf ayat 205- 206


PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1) Murid pernah berzikir dengan menyebut tahlil semasa menghadiri majlis jamuan kenduri
2) Murid biasa berzikir selepas menunaikan solat jemaah
3) Murid biasa membaca Al-quran.

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
1) Menyatakan adab- adab berzikir.
2) Menjelaskan peranan zikir dalam membentuk peribadi.
3) Menyenaraikan faktor- faktor yang menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah.
4) Menghuraikan langkah- langkah mendekatkan diri kepada Allah.



KEMAHIRAN BERFIKIR:

1) Membanding dan membezakan.

2) Menghimpun maklumat.

PENERAPAN NILAI:

1) Sentiasa mengingati Allah ketika senang mahupun susah.
2) Berdisiplin ketika beribadat kepada Allah S.W.T.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1) Buku teks
2) Video
3) Slide powerpoint
4) LCD
5) Papan tulis elektronik
6) Komik



Langkah/
Masa
Isi
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Kemahiran Murid
Catatan/
Alat
Pendahuluan





Set Induksi
( 10 minit )
Bacaan doa pelajaran. Guru dan murid membaca doa pelajaran secara beramai-ramai.

Menayangkan montaj tentang zikir

Guru menyoal murid:

1) Apa yang kamu faham daripada tayangan video tadi?

2) Apakah jenis-jenis zikir yang kamu ketahui?

3) Bilakah biasanya zikir tesebut dialunkan?

4) Bagaimanakah perasaan kamu setelah berzikir dan mengingati Allah?
Guru menayangkan montaj tentang zikir

Murid melihat dan mendengar montaj yang ditayangkan dengan penuh perhatian.

Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.

Murid menjawab soalan guru dan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.

Guru mengaitkan pelajaran lalu dengan tajuk pelajaran hari ini.

Guru mengarahkan murid membuka buku teks muka surat 32.
Kemahiran mendengar.

Kemahiran melihat.

Kemahiran menyusun idea. Video zikir (montaj)

Buku teks
Langkah 1
(20 minit) Pengertian zikir :

Dari segi bahasa bermaksud ingat.

Dari segi istilah syara’ ialah mengingati Allah untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Islam menyuruh umatnya membanyakkan zikir kerana ia dapat menenangkan jiwa manusia di samping akan mendapat keredhaan dan rahmat Allah. Firman Allah S.W.T:

    
Maksudnya:
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram


Adab-adab berzikir:
1) Dilakukan dengan ikhlas.

2) Dilakukan dengan Khusyuk.

3) Tidak berzikir dengan lisan di tempat yang kotor seperti tandas.

4) Memahami setiap ungkapan zikir.

5) Merendah diri kepada Allah.

6) Nada suara dan intonasi yang sederhana. Guru menyoal murid tentang pengertian zikir.

Beberapa orang murid memberi pendapat serta pandangan masing-masing.


Guru memaparkan dalil (firman Allah) tentang galakan berzikir.



















Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Tiga kumpulan diarahkan untuk melakonkan adab-adab berzikir yang betul, manakala tiga kumpulan lagi melakonkan perbuatan yang tidak digalakkan ketika berzikir.

Murid melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing.

Murid menghantar wakil untuk berlakon di hadapan kelas.

Semua murid mengambil perhatian terhadap lakonan yang disampaikan.

Guru mengulas apa yang murid lakonkan kemudian menayangkan slide berkaitan adab-adab berzikir.
Kemahiran menyusun idea.

Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.







































Kemahiran berkomunikasi.







Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.

Power point

Buku teks































Buku teks

Power point
Langkah 2
( 20 minit ) Peranan zikir:

1) Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

2) Dapat melembutkan hati.

3) Melindungi diri daripada maksiat.

4) Membentuk disiplin diri.



Faktor penghalang manusia mengingati Allah:

1) Perasaan sombong dengan kelebihan yang ada.

2) Terlalu mengejar kemewahan hidup.

3) Gejala sosial yang tidak sihat.

4) Leka dengan hiburan.

5) Terpengaruh dengan dugaan dan tipu daya syaitan.

6) Bergaul dengan rakan yang jahil dan sering melakukan maksiat.
Guru menyoal murid tentang peranan dan fungsi zikir dalam hidup.

Murid menjawab soalan guru.

Guru menerangkan peranan zikir satu persatu.

Murid mendengar dengan teliti.



Guru menayangkan slide tentang faktor penghalang manusia mengingati Allah.

Guru mengarahkan murid mencari pasangan masing-masing dan membincangkan contoh-contoh bagi faktor-faktor tersebut.

Guru memilih pasangan secara rawak dan meminta mereka menghuraikan di hadapan kelas tentang contoh-contoh yang telah dibincangkan.

Murid-murid lain mendengar dan mengambil perhatian.

Guru memberi ulasan tentang contoh yang diberikan.

Guru menerangkan faktor-faktor ini secara terperinci.
Kemahiran berkomunikasi.



Kemahiran menganalisis.





Kemahiran mendengar.



Kemahiran melihat.



Kemahiran berkomunikasi.
















Kemahiran mendengar.
Buku teks

Power point
Langkah 3
( 20 minit ) Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T:

1) Menyempurnakan ibadat wajib.

2) Memperbanyakkan ibadat sunat.

3) Menghadiri majlis ilmu.

4) Melayari isu-isu agama dalam internet.

5) Mengkaji dan menyelidik untuk mendekatkan diri kepada Allah.

6) Mendampingi orang-orang soleh.

7) Melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah.







Mengedarkan 2 jenis komik yang berkaitan tentang mengingati Allah.

































Latihan pengukuhan.
Guru menayangkan video yang berkaitan dengan amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah dan meminta murid menghayatinya.

Guru meminta pandangan murid tentang mesej yang ingin disampaikan dalam video

Murid memberikan pandangan.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah.

Guru memaparkan slide berkaitan langkah-langkah tersebut.

Murid melihat dan mendengar dengan teliti penjelasan guru.


Guru mengedarkan dua jenis komik kepada setiap murid.

Guru mengarahkan murid membentuk dua kumpulan besar.

Kumpulan 1 akan membaca komik pertama, manakala kumpulan 2 akan membaca komik kedua.

Guru meminta dua orang wakil bagi setiap kumpulan untuk membacakan dialog dalam komik masing-masing dengan intonasi yang betul.

Murid-murid lain diminta menumpukan perhatian terhadap perbualan yang dilakukan.

Setelah selesai, guru meminta beberapa orang murid untuk membuat rumusan tentang kedua-dua komik tersebut.

Guru mengedarkan lembaran latih tubi berkaitan peranan zikir dalam kehidupan.

Murid menjawab soalan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

Guru mengumpulkan kertas jawapan murid.
Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.

Kemahiran berkomunikasi.



























Kemahiran membaca.

Kemahiran mendengar.
































Kemahiran menulis.

Kemahiran mengingat.

Video

Buku teks

Power point






























Lembaran komik.



































Lembaran latih tubi.
Penutup
(10 minit) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur”
(surah Al Baqarah :2 :152)
Rumusan (murid).






Penerapan nilai:

Sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam keadaan senang atau susah.

Digalakkan untuk melaksanakan perkara sunat yang dituntut oleh agama.


Lembaran kerja rumah mengikut subtopik:

1) Adab-adab berzikir

2) Faktor penghalang manusia mengingati Allah.

3) Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah.


Guru memaparkan ayat al-Quran pada slide mengenai dalil digalakkan berzikir sebagai maklumat tambahan.








Guru meminta seorang murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

Guru membuat rumusan terakhir dan menerapkan nilai-nilai murni kepada murid.









Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan kertas lembaran kerja rumah.

Guru memastikan setiap murid menerima kertas lembaran kerja.

Guru memberi penerangan cara menjawab lembaran kerja tersebut.
Kemahiran berfikir.

Kemahiran berkomunikasi. Lembaran kerja rumah.
0 Responses

Post a Comment