NorFarisZam



Read More..
NorFarisZam
ISLAM DAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."
Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)


Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melaporkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing).


Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function.)
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.


Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
Read More..
NorFarisZam
Ada Apa Dengan Cinta?

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri.”

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.


Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.
Read More..
NorFarisZam
Sahabatku…

Berzikir adalah mengingati Allah sama ada menerusi lisan, anggota badan ataupun hati. Berzikir adalah sebagai perisai diri daripada kejahatan dan muslihat syaitan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur”
(Surah Al Baqarah :2 :152)

Allah s.w.t menyatakan bahawa amalan berzikir adalah lebih besar daripada ibadah lain. Ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain)
(Surah al’ Ankabuut: 29:45)


Sebenarnya terdapat banyak lagi ayat al Quran yang menerangkan tentang zikir. Selain daripada itu, hadis-hadis Nabi s.a.w ada menyebut tentang zikir iaitu yang bermaksud :

“(Kedudukan) orang yang mengingati atau menyebut nama Allah di antara orang yang lalai kepadaNya adalah bagaikan pejuang yang tetap berperang, di tengah-tengah orang yang lari dari medan pertempuran”

Orang sentiasa berzikir bermakna dia selalu menjadikan Allah sebagai teman dan pendamping bagi dirinya. ini ada diterangkan dalam hadis Qudsi yang bermaksud ;

“Aku bersama-sama hambaku selagi dia mengingati Aku dan bibirnya bergerak-gerak menyebut namaKu”

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Biasakanlah dirimu di waktu pagi dan petang agar lidahmu sentiasa basah dengan berzikir kepada Allah. Dengan demikian, engkau menjalani waktu pagi dan petang dalam keadaan bersih dari segala dosa”

Di dalam sebuah hadis Qudsi ada disebutkan bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud :

“Apabila hambaku berzikir dalam dirinya (iaitu dalam keadaan bersendirian, maka Aku pun akan menyebutNya dalam diriKu. Dan jika ia menyebut namaKu di tengah-tengah sekelompok manusia, maka Aku pun akan menyebut namanya di antara kelompok yang lebih baik daripada kelompoknya, dan jika ia mendekatiKu sejengkal, maka aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sejengkal maka aku pun akan mendekatinya selangkah. Dan jika ia datang kepadaKu sambil berjalan, Aku akan datang kepadanya sambil berlari”(memenuhi permintaan hamba dengan segera dan serta merta)

Di dalam satu hadis Qudsi Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya seperti berikut
“Allah Taala berfirman: “Barangsiapa yang sentiasa menyibukkan dirinya dengan sentiasa berzikir kepadaKu, sedemikian rupa sehingga tidak sempat memohon sesuatu kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang terbaik dari apa sahaja yang Aku berikan kepada para pemohon”

Terdapat 7 golongan manusia yang akan memperolehi naungan Allah pada hari akhirat kelak antaranya ialah :

“Seorang hamba yang sentiasa berzikir kepada Allah ketika dia bersendirian lalu bercucuran air matanya kerana takut kepada Allah”

Demikianlah antara fadhilat-fadhilat zikir. Justeru itu, marilah kita menjadikan zikir sebagai amalan harian yang tidak boleh ditinggalkan. Semoga usaha kita ini mendapat keredhaanNya..Amiiinn....
Read More..
NorFarisZam
PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN
PENDIDIKAN ISLAM KBSM
TILAWAH AL- QURAN


Persediaan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Tilawah Al- Quran
Kelas : Tingkatan 3 Amanah
Masa : 80 minit
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Surah al- A’raf ayat 205- 206


PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1) Murid pernah berzikir dengan menyebut tahlil semasa menghadiri majlis jamuan kenduri
2) Murid biasa berzikir selepas menunaikan solat jemaah
3) Murid biasa membaca Al-quran.

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:
1) Menyatakan adab- adab berzikir.
2) Menjelaskan peranan zikir dalam membentuk peribadi.
3) Menyenaraikan faktor- faktor yang menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah.
4) Menghuraikan langkah- langkah mendekatkan diri kepada Allah.



KEMAHIRAN BERFIKIR:

1) Membanding dan membezakan.

2) Menghimpun maklumat.

PENERAPAN NILAI:

1) Sentiasa mengingati Allah ketika senang mahupun susah.
2) Berdisiplin ketika beribadat kepada Allah S.W.T.

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1) Buku teks
2) Video
3) Slide powerpoint
4) LCD
5) Papan tulis elektronik
6) Komik



Langkah/
Masa
Isi
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Kemahiran Murid
Catatan/
Alat
Pendahuluan





Set Induksi
( 10 minit )
Bacaan doa pelajaran. Guru dan murid membaca doa pelajaran secara beramai-ramai.

Menayangkan montaj tentang zikir

Guru menyoal murid:

1) Apa yang kamu faham daripada tayangan video tadi?

2) Apakah jenis-jenis zikir yang kamu ketahui?

3) Bilakah biasanya zikir tesebut dialunkan?

4) Bagaimanakah perasaan kamu setelah berzikir dan mengingati Allah?
Guru menayangkan montaj tentang zikir

Murid melihat dan mendengar montaj yang ditayangkan dengan penuh perhatian.

Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan.

Murid menjawab soalan guru dan mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.

Guru mengaitkan pelajaran lalu dengan tajuk pelajaran hari ini.

Guru mengarahkan murid membuka buku teks muka surat 32.
Kemahiran mendengar.

Kemahiran melihat.

Kemahiran menyusun idea. Video zikir (montaj)

Buku teks
Langkah 1
(20 minit) Pengertian zikir :

Dari segi bahasa bermaksud ingat.

Dari segi istilah syara’ ialah mengingati Allah untuk kita mendekatkan diri kepadaNya.

Islam menyuruh umatnya membanyakkan zikir kerana ia dapat menenangkan jiwa manusia di samping akan mendapat keredhaan dan rahmat Allah. Firman Allah S.W.T:

    
Maksudnya:
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram


Adab-adab berzikir:
1) Dilakukan dengan ikhlas.

2) Dilakukan dengan Khusyuk.

3) Tidak berzikir dengan lisan di tempat yang kotor seperti tandas.

4) Memahami setiap ungkapan zikir.

5) Merendah diri kepada Allah.

6) Nada suara dan intonasi yang sederhana. Guru menyoal murid tentang pengertian zikir.

Beberapa orang murid memberi pendapat serta pandangan masing-masing.


Guru memaparkan dalil (firman Allah) tentang galakan berzikir.



















Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Tiga kumpulan diarahkan untuk melakonkan adab-adab berzikir yang betul, manakala tiga kumpulan lagi melakonkan perbuatan yang tidak digalakkan ketika berzikir.

Murid melakukan perbincangan dalam kumpulan masing-masing.

Murid menghantar wakil untuk berlakon di hadapan kelas.

Semua murid mengambil perhatian terhadap lakonan yang disampaikan.

Guru mengulas apa yang murid lakonkan kemudian menayangkan slide berkaitan adab-adab berzikir.
Kemahiran menyusun idea.

Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.







































Kemahiran berkomunikasi.







Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.

Power point

Buku teks































Buku teks

Power point
Langkah 2
( 20 minit ) Peranan zikir:

1) Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

2) Dapat melembutkan hati.

3) Melindungi diri daripada maksiat.

4) Membentuk disiplin diri.



Faktor penghalang manusia mengingati Allah:

1) Perasaan sombong dengan kelebihan yang ada.

2) Terlalu mengejar kemewahan hidup.

3) Gejala sosial yang tidak sihat.

4) Leka dengan hiburan.

5) Terpengaruh dengan dugaan dan tipu daya syaitan.

6) Bergaul dengan rakan yang jahil dan sering melakukan maksiat.
Guru menyoal murid tentang peranan dan fungsi zikir dalam hidup.

Murid menjawab soalan guru.

Guru menerangkan peranan zikir satu persatu.

Murid mendengar dengan teliti.



Guru menayangkan slide tentang faktor penghalang manusia mengingati Allah.

Guru mengarahkan murid mencari pasangan masing-masing dan membincangkan contoh-contoh bagi faktor-faktor tersebut.

Guru memilih pasangan secara rawak dan meminta mereka menghuraikan di hadapan kelas tentang contoh-contoh yang telah dibincangkan.

Murid-murid lain mendengar dan mengambil perhatian.

Guru memberi ulasan tentang contoh yang diberikan.

Guru menerangkan faktor-faktor ini secara terperinci.
Kemahiran berkomunikasi.



Kemahiran menganalisis.





Kemahiran mendengar.



Kemahiran melihat.



Kemahiran berkomunikasi.
















Kemahiran mendengar.
Buku teks

Power point
Langkah 3
( 20 minit ) Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T:

1) Menyempurnakan ibadat wajib.

2) Memperbanyakkan ibadat sunat.

3) Menghadiri majlis ilmu.

4) Melayari isu-isu agama dalam internet.

5) Mengkaji dan menyelidik untuk mendekatkan diri kepada Allah.

6) Mendampingi orang-orang soleh.

7) Melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah.







Mengedarkan 2 jenis komik yang berkaitan tentang mengingati Allah.

































Latihan pengukuhan.
Guru menayangkan video yang berkaitan dengan amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah dan meminta murid menghayatinya.

Guru meminta pandangan murid tentang mesej yang ingin disampaikan dalam video

Murid memberikan pandangan.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah.

Guru memaparkan slide berkaitan langkah-langkah tersebut.

Murid melihat dan mendengar dengan teliti penjelasan guru.


Guru mengedarkan dua jenis komik kepada setiap murid.

Guru mengarahkan murid membentuk dua kumpulan besar.

Kumpulan 1 akan membaca komik pertama, manakala kumpulan 2 akan membaca komik kedua.

Guru meminta dua orang wakil bagi setiap kumpulan untuk membacakan dialog dalam komik masing-masing dengan intonasi yang betul.

Murid-murid lain diminta menumpukan perhatian terhadap perbualan yang dilakukan.

Setelah selesai, guru meminta beberapa orang murid untuk membuat rumusan tentang kedua-dua komik tersebut.

Guru mengedarkan lembaran latih tubi berkaitan peranan zikir dalam kehidupan.

Murid menjawab soalan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

Guru mengumpulkan kertas jawapan murid.
Kemahiran melihat.

Kemahiran mendengar.

Kemahiran berkomunikasi.



























Kemahiran membaca.

Kemahiran mendengar.
































Kemahiran menulis.

Kemahiran mengingat.

Video

Buku teks

Power point






























Lembaran komik.



































Lembaran latih tubi.
Penutup
(10 minit) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur”
(surah Al Baqarah :2 :152)
Rumusan (murid).






Penerapan nilai:

Sentiasa mengingati Allah tidak kira dalam keadaan senang atau susah.

Digalakkan untuk melaksanakan perkara sunat yang dituntut oleh agama.


Lembaran kerja rumah mengikut subtopik:

1) Adab-adab berzikir

2) Faktor penghalang manusia mengingati Allah.

3) Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah.


Guru memaparkan ayat al-Quran pada slide mengenai dalil digalakkan berzikir sebagai maklumat tambahan.








Guru meminta seorang murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

Guru membuat rumusan terakhir dan menerapkan nilai-nilai murni kepada murid.









Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan kertas lembaran kerja rumah.

Guru memastikan setiap murid menerima kertas lembaran kerja.

Guru memberi penerangan cara menjawab lembaran kerja tersebut.
Kemahiran berfikir.

Kemahiran berkomunikasi. Lembaran kerja rumah.
Read More..
NorFarisZam
APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus IEB 060027
(kapochilulu@yahoo.com)

Norhayati Osman IEB 060094
(norhayati_409@yahoo.com)

Siti Zamriah Mohd. Hussin IEB 060141
(ctzamriah@yahoo.com)


ABSTRACK

This article attempt to discuss the Islamic Education are among important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that rapid change in national education through IT's reformation and communication give large impact lesson and learning in process. Educational technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through neat and systematic computer application planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive subject and interested student.


Keyword : Islamic Education, lesson and learning


BAB 1 PENGENALAN

Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objekti pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.


BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut.

Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

         
Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.


Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (idea) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

             
Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.


Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat.

Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. Sebagai contoh firman Allah S.W.T :

  •     
Dan Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu.

Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah S.W.T :

     
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.


Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif tamadun Islam.

BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.

Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara.

Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.

Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah :



1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996,37-48).

Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan Azhar (2000) :
1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.
2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang untuk
memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.

Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari.

Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar mengetahui perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris.

Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Pendidikan Islam.

Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia.
Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi.

RUMUSAN

Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet.

Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam.
Read More..
NorFarisZam
Read More..