NorFarisZam
APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus IEB 060027
(kapochilulu@yahoo.com)

Norhayati Osman IEB 060094
(norhayati_409@yahoo.com)

Siti Zamriah Mohd. Hussin IEB 060141
(ctzamriah@yahoo.com)




ABSTRACK


This article attempt to discuss the Islamic Education are among important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that rapid change in national education through IT's reformation and communication give large impact lesson and learning in process. Educational technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through neat and systematic computer application planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive subject and interested student.


Keyword : Islamic Education, lesson and learning


BAB 1 PENGENALAN

Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.

BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut.

Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

         
Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.


Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

             
Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.



Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat.

Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. Sebagai contoh firman Allah S.W.T :

  •     
Dan Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu.

Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah S.W.T :

     
Katakanlah: "Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.


Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif tamadun Islam.








BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM


Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.

Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara.

Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.

Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah :



1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996,37-48).

Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan Azhar (2000) :
1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.
2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.

Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari.

Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar mengetahui perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman yang berkaitan dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris.

Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Pendidikan Islam.

Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia.
Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi.















RUMUSAN


Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet.

Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam.
0 Responses

Post a Comment