NorFarisZam
Sahabatku…

Berzikir adalah mengingati Allah sama ada menerusi lisan, anggota badan ataupun hati. Berzikir adalah sebagai perisai diri daripada kejahatan dan muslihat syaitan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur”
(Surah Al Baqarah :2 :152)

Allah s.w.t menyatakan bahawa amalan berzikir adalah lebih besar daripada ibadah lain. Ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain)
(Surah al’ Ankabuut: 29:45)


Sebenarnya terdapat banyak lagi ayat al Quran yang menerangkan tentang zikir. Selain daripada itu, hadis-hadis Nabi s.a.w ada menyebut tentang zikir iaitu yang bermaksud :

“(Kedudukan) orang yang mengingati atau menyebut nama Allah di antara orang yang lalai kepadaNya adalah bagaikan pejuang yang tetap berperang, di tengah-tengah orang yang lari dari medan pertempuran”

Orang sentiasa berzikir bermakna dia selalu menjadikan Allah sebagai teman dan pendamping bagi dirinya. ini ada diterangkan dalam hadis Qudsi yang bermaksud ;

“Aku bersama-sama hambaku selagi dia mengingati Aku dan bibirnya bergerak-gerak menyebut namaKu”

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Biasakanlah dirimu di waktu pagi dan petang agar lidahmu sentiasa basah dengan berzikir kepada Allah. Dengan demikian, engkau menjalani waktu pagi dan petang dalam keadaan bersih dari segala dosa”

Di dalam sebuah hadis Qudsi ada disebutkan bahawa Allah telah berfirman yang bermaksud :

“Apabila hambaku berzikir dalam dirinya (iaitu dalam keadaan bersendirian, maka Aku pun akan menyebutNya dalam diriKu. Dan jika ia menyebut namaKu di tengah-tengah sekelompok manusia, maka Aku pun akan menyebut namanya di antara kelompok yang lebih baik daripada kelompoknya, dan jika ia mendekatiKu sejengkal, maka aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sejengkal maka aku pun akan mendekatinya selangkah. Dan jika ia datang kepadaKu sambil berjalan, Aku akan datang kepadanya sambil berlari”(memenuhi permintaan hamba dengan segera dan serta merta)

Di dalam satu hadis Qudsi Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya seperti berikut
“Allah Taala berfirman: “Barangsiapa yang sentiasa menyibukkan dirinya dengan sentiasa berzikir kepadaKu, sedemikian rupa sehingga tidak sempat memohon sesuatu kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang terbaik dari apa sahaja yang Aku berikan kepada para pemohon”

Terdapat 7 golongan manusia yang akan memperolehi naungan Allah pada hari akhirat kelak antaranya ialah :

“Seorang hamba yang sentiasa berzikir kepada Allah ketika dia bersendirian lalu bercucuran air matanya kerana takut kepada Allah”

Demikianlah antara fadhilat-fadhilat zikir. Justeru itu, marilah kita menjadikan zikir sebagai amalan harian yang tidak boleh ditinggalkan. Semoga usaha kita ini mendapat keredhaanNya..Amiiinn....
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment